YADIM Sabah Jalin Kerjasama Dakwah

Pada 5 Oktober 2017 (Khamis) yang lalu satu sesi pertemuan oleh Team Yayasan Al Baghdadi ke Pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Cawangan Sabah di Tanjung Aru Plaza menghasilkan persetujuan kerjasama di antara  kedua-dua pihak dalam program-program dakwah di suluruh pedalaman negeri Sabah,  Yayasan Al Baghdadi akan mengatur program-program pembelajaran Al Quran dan fardhu ain kepada saudara-saudara baru di negeri Sabah sekurang-kurangnya sekali di dalam sebulan.

Sumbangan Infaq Tunai diperlukan bagi merealisasikan program ini. Untuk menyumbang, sila ke http://www.jominfaq.org atau transfer terus ke akaun Maybank - 562405603346 (YAYASAN AL BAGHDADI

Info Gambar : Penyelaras Yayasan Al Baghdadi Sabah (En. Azman, berbaju batik berwarna hijau ) menyampaikan cenderahati kepada Pengarah YADIM Negeri Sabah Hj Samin Ongki.