Derma Darah Sambil Bertalaqqi Surah Al Fatihah

Buat julungkali Yayasan Al Baghdadi dengan kerjasama Pusat darah Negara telah berjaya mengadakan kempen bersama di Selayang Mall bulan lalu. Yayasan Al Baghdadi menyediakan kaunter 'Lulus Fatihah' bagi memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk membuat semakan bacaan Al Fatihah mereka sambil melakukan derma darah.