39 Program , 4,780 Orang Peroleh Manfaat

Sebanyak 39 buah program telah berjaya dilaksanakan disepanjang tahun 2017 dengan melibatkan jumlah peserta seramai 4,780 orang yang terdiri daripada 3 golongan asnaf iaitu anak-anak yatim, orang asli dan saudara baru. Kejayaan ini merupakan hasil sumbangan bantuan dana infak tunai dari masyarakat yang perihatin kepada pendidikan Al Quran. Tidak banyak NGO yang memfokuskan kepada pendidikan Al Quran seperti Yayasan Al Baghdadi. Orang ramai boleh terus menyumbangkan dana infak tunai melalui potongan bank (SI) sebanyak RM10 seorang bagi membantu Yayasan Al Baghdadi melaksanakan program-program pelatihan bagi melahirkan guru-guru Al Quran dikalangan asnaf. aklumat lanjut sila hubungi Hotline Yayasan Al Baghdadi di talian 013 3233 191