Aktiviti Yayasan

Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi Anak Yatim

Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi Anak Yatim
Yayasan Al Baghdadi memberikan pendidikan Al Quran Teknik Al Baghdadi secara percuma kepada anak-anak yatim di seluruh Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari lebih mendalam lagi asas Al Quran pada peringkat awal.

Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi Saudara Baru

Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi Saudara Baru
Yayasan Al Baghdadi telah memilih Saudara Baru sebagai salah satu kelompok utama yang akan diberi pendidikan Al Quran secara percuma berikutan kesukaran golongan ini untuk mendapatkan maklumat mahupun tempat untuk mendalami ilmu agama khususnya pembelajaran Al QUran secara khusus.

Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi Orang Asli

Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi Orang Asli
Kelompok ketiga yang menjadi sasaran Yayasan Al Baghdadi ialah Orang Aslli bagi memberi peluang kepada mereka mendalami serta mempelajari asas Al Quran. Dari sudut demografi, kita dapati bahawa mereka terpinggir dan sukar untuk mendapatkan sebarang pendidikan sama ada dari sudut konvensional mahupun sudut Islamik. Semoga dengan usaha pihak Yayasan ini dapat membantu Orang Asli untuk mendalami ilmu asas Al Quran secara tidak langsung dapat menarik minat dari kalangan mereka untuk mengenali Islam lebih mendalam.