Program Hafazan Anak Yatim

Yayasan Al Baghdadi telah berkunjung ke Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, Klang bagi menjayakan Program Hafazan Anak Yatim. Program yang berlangsung pada 26 Mei lalu ini telah disertai oleh anak yatim di kawasan tempatan seramai 733 orang. Diketuai oleh Ustaz Nazri Esa sebagai tenaga pengajar utama, program ini berjalan telah berjalan dengan baik selari dengan objektifnya, iaitu untuk membantu dan menggalakkan penghafalan Al Quran kepada kanak-kanak. Selain itu, program ini juga dapat mengimarahkan Masjid Nurul Amin dengan kunjungan ratusan peserta dan para urusetia program. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

yab2b

yab3b

Jom Menyumbang RM299

299harimalaysiarm