Kem Tahfiz Nadi Anak Yatim Kini Di Sarawak

Cuti persekolahan pada pertengahan bulan Mac ini menjadi satu penantian kepada golongan kanak-kanak yang berada di bangku sekolah. Yayasan Al Baghdadi yang sentiasa menganjurkan program kemasyarakatan juga kini mengambil peluang untuk menganjurkan program Kem Tahfiz Nadi bagi anak-anak yatim di Negeri Sarawak bertempat di Kompleks SMK Agama, Sibu Sarawak. Program yang bakal diadakan pada 16 hingga 19 Mac ini adalah dengan kerjasama Hikmah Centre Sibu Sarawak yang bakal menyediakan pendidikan Al Quran PERCUMA di premisnya yang terletak di Taman Indah Sibu Sarawak. Hubungi Hikmah Centre Sibu Sarawak di talian 013-5698163. Sumbangan boleh mendapatkan pengecualian Cukai dari LHDN. Jom menyumbang sekarang.Mereka yang ingin memberikan sumbangan dana untuk menjayakan program ini boleh terus menghubungi Yayasan Al Baghdadi di talian 03-61870187 atau terus ke hotline 013-3233 191 atau >> NAK MENYUMBANG <<