Siri Kembara Al Quran Ke Acheh

Program Kembara Al Quran anjuran Yayasan Al Baghdadi kini menuju destinasi bersejarah iaitu Acheh Sumatera Indonesia. Program ini berlangsung pada 22 - 24 Mac ini ( kurang 2 minggu dari sekarang). Kembara Al Quran merupakan program siri jelajah bersama Yayasan Al Baghdadi yang mula diperkenalkan pada tahun 2014. Pada masa itu Yayasan menganjurkan program berskala besar ini ke Thailand iaitu  Pattani..Krabi...Pulau Koh Yao Yai...Satun.

Kali ini program telah disusun dengan rapi menuju destinasi negara jiran kita iaitu Sumatera Indonesia . Beberapa destinasi menarik yang turut akan dilawati ialah Muzium Tsunami, Masjed-masjid di Acheh, Pulau Sabang dan yang paling penting ialah Pertubuhan Mina Anak Yatim. Selain lawatan, program pengenalan pembelajaran Al Quran turut dijalankan.

Yuran Penyertaan Pakej kembara Al Quran Acheh ini hanyalah RM599 TIDAK  termasuk  tiket penerbangan. Mereka yang berminat masih boleh menyertai misi ini dengan menghubungi Yayasan Al Baghdadi di talian 03-61870187 atau terus ke hotline 013-3233 191 atau layari www.yayasanalbaghdadi.org.