Selamat Menunaikan Ibadah Umrah, Datuk Hasbullah

Setelah hampir 8 tahun menjadi Pemegang Amanah Yayasan Al Baghdadi, Datuk  Hj Hasbullah L. Isa yang  juga merupakan  Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sehiingga kini telah dianugerahkan oleh Kumpulan Al Baghdadi pakej mengerjakan Umrah baru-baru ini. Pakej ini TIDAK menggunakan Dana Yayasan malahan seratus-peratus diberikan oleh Al Baghdadi Group Sdn Bhd. bagi menghargai jasa datuk  menjadi pemegang amanah Yayasan Al Baghdadi setgerusnya memantau perjalanan yayasan ini bagi memberikan pendidikan Al Quran secara PERCUMA kepada 3 golongan asnaf. Hadir menghantar pemergian Datuk Hasbullah ialah penguru dan pengarah-pengarah Kumpulan Al Baghdadi di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

 

02datoumrahDatuk Hasbullan (berkopiah putih berdiri 4 dari kiri)