3 September 2023 | Seremban
Menyampaikan sumbangan makanan dan menyatuni sahabat jalanan di sekitar bandar raya Seremban bersama komuniti Yayasan Al Baghdadi. Turut bersama menjayakan program ini adalah anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Dan Miskin Kausar Negeri Sembilan.
Keseluruhan mereka terpaksa untuk memilih tidur dan menetap di jalanan keranan kekangan atau masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka. Tiada tempat tinggal, mandi di tandas awam dan makan jika waktu yang perlu sahaja, itulah yang mereka hadapi setiap hari untuk kekal hidup.