- adminyab
- Ekonomi & Kemanusiaan
- Hits: 903
Ambulan Yayasan Dimanfaatkan Masyarakat
Ambulan Wakaf Yayasan Al Baghdadi sudah mula digunakan dan dimanfaatkan oleh masyarakat sekitar Gombak.
Ambulan Wakaf Yayasan Al Baghdadi sudah mula digunakan dan dimanfaatkan oleh masyarakat sekitar Gombak.
Pada tarikh 2 Julai kelmarin, satu majlis penyerahan bantuan baku makanan kepada 50 orang warga ibu tunggal dan warga emas telah diadakan di Kediaman Bonda Zauyah Bte Saadom, Batu 7 Gombak. Beliau yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal & Warga Emas Selangor (PEKWEM).
Bantuan bakul makanan ini dibuat bagi meringankan kehidupan mereka dikala inflasi yang melanda diseluruh dunia. Kadar inflasi menyebabkan keupayaan daya beli masyarakat semakin menurun atau dalam kata lain harga barang yang semakin meningkat setiap hari.Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi PEWARGA dan beberapa orang VIP yang lain telah memeriahkan majlis ini. Turut diberikan ialah senaskah Al Quran Wakaf kepada setiap mereka.
Justeru itu, Yayasan Al Baghdadi masih melakukan kempen Bantuan Bakul Makanan Aidil Adha bagi membantu golongan seperti ini menyambut Aidil Adha dengan lebih bermakna. Sila klik pautan ini https://osini.co/6/nGZ03RkgLbOX untuk menyumbang. Atau melalui pindahan ke akaun Maybank Yayasan Al Baghdadi 5624 0560 3346
Bubur Lambuk memang tidak asing lagi di dalam bulan Ramadhan.Kali ini dengan hasil sumbangan orang ramai, Yayasan Al Baghdadi telah menempah Bubur Lambuk yang istimewa untuk diagihkan kepada pelajar asrama Sekolah Agama Menengah Hishamuddin Kampung Jawa dan juga kepada golongan asnaf.
Sejak banjir berlaku bermula 18 Disember lalu, Yayasan Al Baghdadi telah menggerakkan rangkaian Hikmah Centre untuk menghantar misi bantuan prihatin banjir dengan menghulurkan keperluan dan kelengkapan yang diperlukan oleh mangsa banjir di beberapa buah negeri terutama sekali di sekitar Lembah Klang seperti di kawasan Puchong, Shah Alam dan Klang
Misi Dakwah & Kemanusiaan yang dianjurkan oleh beberapa buah NGO termasuk Yayasan Dakwah Islam Malaysia turut disertai oleh Yayasan Al Baghdadi yang diwakili oleh En Azman. Program seperti ini memang kerap diadakan di kawasan pedalaman bagi menghantar bantuan makanan dan keperluan harian keopada penduduk-penduduk pedalaman di sekitar negeri Sabah.
Program Penyerahan Bakul Makanan kepada 51 orang asnaf di sekitar Kuala Kangsar,Perak telah disempurnakan dengan jayanya pada satu majlis yang sederhana di Cawangan Hikmah Centre Kuala Kangsar .Setiap asnaf yang hadir turut diberi senaskhah Al Quran bagi menggalakkan mereka mempelajari dan membaca Al Quran.
Alhamdulillah🤲🏻 pd hari raya korban yg lalu, Yayasan Al Baghdadi dengan kerjasama Komuniti We Love Qurban telah melakukan agihan daging korban dan barang keperluan asas kepada asnaf di sekitar Bandar Baru Selayang, Saujana Putra, Kampung Bharu dan juga Putrajaya dan juga di Sbah.