
- Super User
- Kemanusiaan
- Hits: 291
Pemeteraian MoU BANTU & YAB untuk Misi Kemanusiaan Dalam dan Luar Negara
- Super User
- Kemanusiaan
- Hits: 291
SELAYANG, 11 NOV 2022 : Persatuan Misi Keamanan dan Bantuan Kemanusian Antarabangsa Malaysia (BANTU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Al Baghdadi (YAB) hari ini bagi tujuan kerjasama dalam melaksanakan misi kemanusiaan dan pendidikan Al-Quran.
Memorandum persefahaman tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Yayasan Al Baghdadi, Ustaz QR Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin, bersama Pengerusi BANTU, Yahya Long Ali, dan disaksikan oleh Pengarah YAB, Ustaz Md Hakim Taman dan Bendahari BANTU, Jusfurain Mohd Jawaini.
Menerusi MoU itu juga, BANTU dan YAB akan berkolaborasi untuk berkempen dalam menjalankan misi kemanusian di dalam dan luar negara sebagai organisasi yang prihatin terhadap nasib dan permasalahan manusia sejagat.
Yahya berkata, isi kandungan dalam memorandum persefahaman tersebut sangat baik untuk kedua-dua pihak iaitu bermatlamat untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air dengan melakukan kerja-kerja amal.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani MoU BANTU dan YAB di Wisma Al Baghdadi hari ini.
Majlis menandatangani MoU disaksikan oleh barisan pengurusan BANTU dan YAB.
MoU ditandatangani oleh Yahya Long Ali dan Ustaz Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin.