- Super User
- Kemasyarakatan
- Hits: 171
Al Quran Wakaf ke SRAI Sg.Manggis


Perkhidmatan Percuma Van Ambulan PEWARGA Sumbangan YAYASAN AL-BAGHDADI terus berbakti apabila seorang warga emas Gombak memerlukan perkhidmatan Ambulans untuk pulang ke rumah pesakit di Kampung Simpang 3 dari Hospital Batu 12 Gombak.
Kami di Yayasan Al Baghdadi mendoakan agar kebaikan para pewakaf yang mewakafkan harta mereka demi membantu insan yang memerlukan dibalas dengan jutaan pahala oleh Allah SWT.
Salah satu rakan amil korporat Yayasan Al Baghdadi iaitu Al Baghdadi Pentagon Math telah mengadakan Roadshow Bijak Sifir bertempat di Masjid Al-Azhariah Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
Program tersebut telah dihadiri lebih dari 110 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah sambil ditemani oleh ibubapa.
Yayasan Al Baghdadi tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program tersebut untuk edaran dan kutipan sumbangan Tabung Jom Sedekah yang bermatlamat menerapkan sifat menabung sambil berwakaf di kalangan anak-anak.
Hasil kutipan yang diperoleh dari program tersebut sebanyak Rm 433.15.
Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan oleh para peserta yang menyumbang untuk pendidikan Al Quran untuk golongan asnaf.
ย
Sumbangan sebanyak 150 naskhah Al Quran wakaf kepada wakil Kelab BMW GSOM, tuan Mohd Nasir untuk ekspedisi ke selatan Thailand.
Yayasan Al Baghdadiย juga menjalankan aktivitiย menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar Al Quran.ย Selain itu,ย Yayasan Al Baghdadiย menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan programย membasmi buta Al Quranย di seluruh negara.
Sesi perbincangan awal kerjasama dengan Persatuan Misi Keamanan & Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia yang diwakili oleh Tuan Hajiย Yahya Bin Long Ali di Wisma Al Baghdadi.ย Ini adalah usaha Yayasan Al Baghdadi untuk meluaskan lagi aktiviti bantuanย Kemasyarakatan dan Kemanusiaan selain Misi Pendidikan Al Quran Asnaf yang telah berjalan lebih 10 tahun.
Yayasan Al Baghdadi (YAB) mengambil peluang untuk turut serta dengan membuka kaunter edaran dan kutipan sumbangan dalam Hari Sukan Al Baghdadi Playtime Centre yang diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Darul Takzim pada 12 November 2022 yang lalu.
Acara ini merupakan hasil kerjasama oleh empat buah Al Baghdadi Playtime Centre (APC) iaitu APC Taman Scientex, APC Bandar Seri Alam, APC Pelangi Indah, dan APC Kota Masai.
Acara tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengurus Operasi dan Pemasaran Yayasan Al Baghdadi, Cik Nurhafifa Suip.
YAB membuat edaran dan kutipan sumbangan Tabung Jom Sedekah kepada para peserta, guru-guru dan ibubapa yang hadir dengan tujuan menerapkan sifat menabung sambil berwakaf di dalam diri anak-anak disamping membantu mereka yang memerlukan, terutama sekali golongan asnaf.
Hasil kutipan yang diperoleh dari acara tersebut sebanyak Rm 593.10.
Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan oleh murid-murid, guru-guru dan ibubapa yang menjayakan Hari Sukan APC dan menyumbang untuk pendidikan Al Quran untuk golongan asnaf.
ย
Staf YAB membuat penerangan tentang program pendidikan Al Quran Yayasan Al Baghdadi kepada ibubapa yang berminat untuk menyumbang.
Peserta terdiri dikalangan murid-murid, guru dan ibubapa turut terlibat dalam Hari Sukan APC
Van ambulans yang diwakafkan oleh para pewakaf terus menabur bakti kepada penduduk sekitar Gombak.
Pertubuhan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak (PEWARGA) bertungkus-lumus memastikan van ambulans wakaf ini digunakan sebaiknya demi membantu insan yang memerlukan.
Yang terbaru, dua perkhidmatan telah dilakukan oleh petugas PEWARGA kepada penduduk setempat iaitu:
Kami di Yayasan Al Baghdadi mendoakan agar kebaikan para pewakaf yang mewakafkan harta mereka demi membantu insan yang memerlukan dibalas dengan jutaan pahala oleh Allah SWT.
Paramedik PEWARGA membantu pesakit untuk dihantar ke hospital untuk rawatan fisioterapi.
Pesakit yang merupakan warga emas dibantu oleh AJK PEWARGA untuk dibawa pulang.
Yayasan Al Baghdadi (Sabah) yang diketuai oleh Ustaz Azman terus aktif mengadakan program CSRย bersama ngo-ngo lain. Baru-baru ini Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) negeris Sabah telah menganjurkan program agihan Kek Cawan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai. program ini diadakan pada 12 Rabiulawal 1444H | 9 Oktober 2022M yang lalu. Program Agihan Kek Cawan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H ini turut disertai oleh YB Dr Aliakbar Gulasan, ADUN Dilantik bersama Ustaz Ramlee Daud, Penolong Pengarah YADIM Negeri Sabah di One Place Mall, Putatan. Manakala, YBrs. Ustaz Muhammad Akmal Othman, Pengarah YADIM Negeri Sabah menjayakan program agihan di sekitar Habour Mall Sandakan.
ย
Pengunjung yang dihormati ! Sila hubungi team kami untuk mendapatkan bantuan melalui Email atau Whatsapp di admin@yayasanalbaghdadi.org