Kemasyarakatan

- Webmaster
- Kemasyarakatan
- Hits: 451
MB Selangor Saksikan Penyerahan Ambulan YAB kepada PEWARGA
- Webmaster
- Kemasyarakatan
- Hits: 451
“Masyarakat masa kini memerlukan sebuah komuniti yang hidup dengan suasana yang akrab dan muafakat yang erat antara satu sama lain”.
Itu antara ucapan yang disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Majlis Pelancaran dan Perasmian Van Ambulans dan Kelab Marhaban Wanita anjuran Pertubuhan Pewaris Anak Anak Melayu Gombak (PEWARGA), disini.
Beliau berkata, pembentukan sesebuah masyarakat yang prihatin antara satu sama lain akan gagal sekiranya asas penting dalam sesebuah komuniti iaitu saling bantu-membantu tidak disuburkan.
Majlis berkenaan disempurnakan dengan penyerahan kunci van ambulans yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Al Baghdadi, Al Fadhil Ustaz Md Hakim Taman kepada pengerusi PEWARGA, Khairul Bahri Hj Ishak sambil disaksikan menteri.
Van ambulans tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai melalui Kempen Wakaf Ambulans yang dijalankan oleh pihak Yayasan Al Baghdadi pada awal tahun 2019.
Selain itu, pihak Yayasan Al Baghdadi telah melantik pihak PEWARGA sebagai Amil Korporat Yayasan Al Baghdadi yang mana mereka diberi kemudahan untuk mengutip sumbangan dari orang ramai.