Kemasyarakatan

- Super User
- Kemasyarakatan
- Hits: 247
Van Ambulans Wakaf Terus Menabur Bakti di Gombak
- Super User
- Kemasyarakatan
- Hits: 247
Van ambulans yang diwakafkan oleh para pewakaf terus menabur bakti kepada penduduk sekitar Gombak.
Pertubuhan Pewaris Anak-Anak Melayu Gombak (PEWARGA) bertungkus-lumus memastikan van ambulans wakaf ini digunakan sebaiknya demi membantu insan yang memerlukan.
Yang terbaru, dua perkhidmatan telah dilakukan oleh petugas PEWARGA kepada penduduk setempat iaitu:
- Perkhidmatan pertama, membawa seorang warga Gombak dari Taman Sri Gombak Ke Hospital Tawakal untuk temujanji rawatan fisioterapi dan pulang semula ke Taman Sri Gombak.
- Perkhidmatan kedua yang membawa seorang warga emas dari Hospital Selayang Ke rumahnya di Kampung Batu 9 Gombak.
Kami di Yayasan Al Baghdadi mendoakan agar kebaikan para pewakaf yang mewakafkan harta mereka demi membantu insan yang memerlukan dibalas dengan jutaan pahala oleh Allah SWT.
Paramedik PEWARGA membantu pesakit untuk dihantar ke hospital untuk rawatan fisioterapi.
Pesakit yang merupakan warga emas dibantu oleh AJK PEWARGA untuk dibawa pulang.