Al Quran Wakaf PERCUMA untuk Jemaah Masjid Al Ihsan Bandar Baru Salak Tinggi telah berjaya disampaikan oleh Hikmah Centre Cyberjaya. Ini merupakan Program CSR Hikmah Centre Cyberjaya yang juga merupakan salah sebuah pusat Al Baghdadi Learning Centre yang menjalankan Kelas Mengaji Al Quran pelbagai peringkat dari seawal usia 7 tahun.
Selain Kaunter Wakaf, Hikmah Centre juga menyediakan kaunter "Saya Lulus Fatihah" bagi membantu para jemaah untuk membuat semakan bacaan surah Al Fatihah yang menjadi surah penting di dalam mengerjakan ibadah solat 5 waktu.
Namun begitu, Centre ini telah mendaftar dengan Yayasan Al Baghdadi untuk menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) dengan nama Hikmah Centre. Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh Hikmah Centre ialah menganjurkan program Pembelajaran Al Quran (Mengaji Al Quran) secara PERCUMA kepada mereka yang layak seperti warga emas, orang asli, anak yatim, saudara baru dan ibu tunggal.
Hikmah Centre juga boleh menerima sumbangan infak dan wakaf dari orang ramai untuk disalurkan kepada Yayasan Al Baghdadi bagi tujuan tajaan pembelajaran Al Quran PERCUMA kepada golongan yang telah dinayatakan tadi. Sebarang pertanyaan mengenai Hikmah Centre Cyberjaya boleh terus menghubungi Puan Ungku Atlia di talian 6013 724 0612.
