Utama > Sekapur Sireh

12-Mar-2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah Rabbul Jalil yang mengizinkan dan menitipkan satu amanah untuk menerajui sebuah organisasi CSR Kumpulan Al Baghdadi yang diberi nama Yayasan Al Baghdadi bermula pada Disember 2019 yang lalu.

Bermula sebagai salah seorang  sukarelawan Yayasan Al Baghdadi pada peringkat awal penubuhan Yayasan Al Baghdadi pada tahun 2011, saya telah banyak mengikuti program anjuran Yayasan Al Baghdadi seperti program bersama orang asli,saudara baru dan juga program bersama anak yatim bersama team yang diketuai oleh Ustaz Qr Hj Jalaluddin Haji Hassanuddin.

Malahan pada tahun 2014, satu delegasi Yayasan Al Baghdadi bersama peserta seramai 30 orang telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Kembara Al Quran ke beberapa buah lokasi di Selatan Thailand. Ini adalah pengalaman berharga dalam hidup saya dengan memandu terus menerus sebuah MPV tanpa pemandu gantian apatah lagi memandu di negara asing.

Kini Yayasan Al Baghdadi sudah melangkah jauh ke hadapan dengan kejayaan menganjurkan program-progrm menyelamatkan golongan asnaf dari BUTA AL QURAN melalui program jangka pendek seperti kursus dan bengkel pembelajarn Al Quran dengan menggunakan pendekatan Teknik Al Baghdadi.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang-penyumbang yang telah membantu menjayakan misi-misi ini. Tidak kurang juga syarikat korporat yang turut menghulur sumbangan mereka.

Begitu juga sahabat-sahabat pengusaha Kelas Al Quran Al Baghdadi (ALC) yang bersedia membantu menjayakan program Yayasan Al Baghdadi dengan memberi kebenaran premis mereka untuk dijadikan Kelas Al Quran golongan asnaf yang diberi nama Hikmah Centre.

Sehingga bulan Mac 2019 sebanyak 19 buah Hikmah Centre telah diwujudkan untuk melaksanakan program secara berterusan. Ayuh terus menyumbang seikhlas hati kepada tabung Dana Pendidikan Al Quran yayasan Al Baghdadi. Saya doakan anda semua diberi kemudahan dan keberkatan rezki oleh Allah atas sumbangan yang diberikan, di lindungi Allah dari sebarang jangkitan virus dan penyakit yang berbahaya. Teruskan menyumbang seikhlas hati anda. Sumbanga mudah secara dalam talian boleh klik di pautan https://www.billplz.com/hikmahcentre

 

Satu Sumbangan, Seribu Ganjaran, Sejuta Harapan

 

Ust Md Hakim Taman

Pengarah Yayasan Al Baghdadi