Ramai diantara kita sudah membaca atau mendengar cakap-cakap bahawa 2023 merupakan tahun yang mana ekonomi global akan menghadapi kemelesetan.
“Ekonomi dunia berkemungkinan akan menghadapi kemelesetan pada tahun depan (2023) akibat kenaikan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi yang lebih tinggi, demikian menurut Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (CEBR)”.
Pautan:
bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/12/1045143/cebr-ramal-2023-tahun-kelemesetan-ekonomi-dunia
Sudah pasti kita akan mengambil langkah mengawal keluar masuk perbelanjaan harian dengan lebih ketat supaya tidak mengalami kesempitan kewangan dalam menjalani kehidupan pada hari-hari yang mendatang, namun kita tidak perlu takut untuk mengeluarkan sebahagian perbelanjaan dalam bersedekah kerana Rasulullah saw pernah menjelaskan tentang keutamaan bersedekah di masa susah.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, seorang lelaki menemui Rasulullah lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"
Rasulullah saw menjawab: "Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu." (HR Bukhari)
Bersedekah juga tidak menjadikan seseorang itu miskin, sebaliknya pintu rezeki menjadi semakin luas kerana doa yang tidak putus-putus dari orang yang menerima sedekah.
“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)
Tahun 2023 , Yayasan Al Baghdadi berazam untuk membantu lebih ramai masyarakat dalam memberikan pendidikan Al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi secara PERCUMA kepada Anak Yatim, Saudara Baru dan Orang Asli di seluruh Negara dengan menjalankan aktiviti menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar Al Quran di samping menjalinkan kerjasama dengan pelbagai Institusi bagi menjayakan Program Membasmi Buta Al Quran di seluruh negara.
Semoga tahun 2023 merupakan tahun untuk kita semua menyemai lebih banyak benih-benih amalan dengan bersedekah agar kita memperoleh naungan di hari pembalasan kelak.
Jom mulakan hari pertama tahun 2023 dengan kebaikan. Cara mudah hanya klik pautan di bawah.
https://linktr.ee/jominfak
https://linktr.ee/jominfak
https://linktr.ee/jominfak
Moga sumbangan dan waqaf ini menjadi asbab di akhirat kelak.