Yayasan Al Baghdadi akan menganjurkan program Pembelajaran Al Quran di perkampungan orang Asli di negeri Perak. Program ini dalam rangka memberikan motivasi kepentingan belajar Al Quran sekaligus memperkenalkan Teknik Al Baghdadi sebagai salah satu cara yang mudah untuk belajar asas membaca Al Quran dengan seronok malahan sangat berkesan. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan, buku modul dan jamuan makan disepanjang program dijalankan.
Seramai 100 orang asli telah mengesahkan kehadiran dan mereka terdiri dari pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak,remaja dan dewasa. Sumbangan diperlukan segera bagi menjayakan program yang akan dilaksanakan di Sg Raba, Gerik Perak. << Sila Klik Di Sini >>