TERIMA KASIH KEPADA PESERTA KURSUS TEKNIK AL BAGHDADI MEGA
Penutup program bagi tahun 2022, Kursus Teknik Al Baghdadi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Peserta terdiri dari kalangan pengusaha Al Baghdadi, guru, pelajar dan orang awam. Kursus ini disampaikan secara langsung oleh pengasas teknik Al Baghdadi iaitu Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin.
Pihak Yayasan Al Baghdadi telah menerima kutipan sebanyak RM 546.70 bagi disalurkan kepada Tabung Pendidikan Al Quran dan juga Misi Prihatin Banjir.
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِيْ أَهْلِكَ وَمَالِك
“Barakallahu laka fi ahlika wa malika”
“Semoga Allah memberkahimu dalam keluarga dan hartamu.” (HR. Bukhari)
Ingin menyumbang untuk Pendidikan Al Quran untuk golongan Asnaf?
Klik link di bawah