SELAYANG : Yayasan Al Baghdadi (YAB) hari ini mengumumkan pelantikan Tuan Haji Mohd Nazree Haji Mohd Yunus sebagai Pengarah Yayasan Al Baghdadi yang baharu, berkuatkuasa 2 Januari lalu.
Mohd Nazree, 39, yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan menggantikan Ustaz Md Hakim Taman, yang memberikan sepenuh tumpuan kepada misi pendigitalan Pendidikan Al Quran Al Baghdadi.
Mohd Nazree telah bersama jenama Al Baghdadi sejak awal penubuhannya dan mempunyai Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi cawangan Senawang yang telah beroperasi sejak 2011 sehingga sekarang.
Pengerusi Yayasan Al Baghdadi, Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Haji Hasanuddin berkata, beliau yakin Mohd Nazree mampu menggalas tanggungjawab dalam melaksanakan visi dan misi penubuhan YAB iaitu untuk memberikan pendidikan Al Quran secara percuma kepada golongan sasaran Al Baghdadi.