MUAR: “ Mengambil semangat dari apa yang nabi Muhammad SAW sebut dalam hadis riwayat al-Bukhari, sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya,".
Itu antara isi ucapan aluan dari Pengarah Yayasan Al Baghdadi, Tuan Haji Mohd Nazree Mohd Yunus ketika slot Teknik Mengaji Al Quran bersama Al Baghdadi di Kompleks Penghulu Parit Jawa, Johor.
Slot selama tiga jam bersama Yayasan Al Baghdadi (YAB) dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Al Baghdadi, Tuan Farhan Haji Alias mengandungi pelajaran asas tamhid menggunakan Teknik Al Baghadi.
Program Sehari Perkongsian Ilmu Bersama UIAM Pagoh merupakan anjuran bersama mahasiswa Jurusan Bahasa Arab & Komunikasi Antarabangsa dan Jurusan Bahasa Inggeris & Komunikasi Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa cawangan Pagoh.
Pengarah program, Muhammad Nazif Mohd Yasim, 22, berkata pengenalan Teknik Al Baghdadi kepada peserta khususnya peringkat sekolah rendah sangat bermanfaat.
Tambahnya, peserta nampak ceria dan bersemangat untuk belajar kerana kaedah yang digunakan agak menarik dan merasakan teknik ini sangat bermanfaat untuk generasi sekarang dan generasi yang akan datang
“Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama UIA Pagoh berkolaborasi dengan Yayasan Al Baghdadi dan saya rasa mungkin kita akan teruskan, bukan dalam kalangan jurusan kami sahaja malah di jurusan yang lain,”katanya.
Program tersebut mendapat penyertaan seramai 20 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Parit Jawa dan 42 orang yang terdiri dari mahasiswa dan pensyarah.
Fasilitator membantu peserta memahami teknik ketukan yang dalam pengajaran asas tamhid
Salah seorang peserta sedang berlatih memahami Teknik Al Baghdadi