Mesyuarat bersama Executive Chairman Ambiz, Dato' Abd. Malek Awang Kechil di Pejabat Yayasan Al Baghdadi di Bandar Baru Selayang, Selangor. Turut hadir sama, Pengarah Yayasan Al Baghdadi Malaysia, Haji Mohd Nazree bin Haji Mohd Yunus dan Group CEO Al Baghdadi, Tuan Farhan Haji Alias.
Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan jalinan kerjasama yang boleh dibuat demi kelangsungan pergerakkan Yayasan Al Baghdadi khususnya dalam memartabatkan pendidikan al-Quran. Pihak Yayasan Al Baghdadi menyambut baik usaha memperkenalkan konsep emas digital untuk setiap transaksi yang dilakukan oleh customer.
Pelbagai strategi boleh dilaksanakan as long as memudahkan para dermawan untuk menyalurkan sumbangan dan mengalakkan orang ramai untuk memberikan infaq tanpa excuse dan menjayakan projek-projek membantu masyarakat yang memerlukan.
Yayasan Al Baghdadi Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas kujungan taaruf ini dan selamat bermusafir diucapkan kepada Dato' Abd. Malek Awang Kechil yang akan ke Indonesia pada malam ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat pergi, selamat pulang.