Kira-kira 83 orang peserta yang terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan dari Neuro Quranic Learning Centre (NQLC) Sembawang, mengadakan lawatan ke Wisma Al Baghdadi pada hari Isnin yang lalu.
Pengarah NQLC Sembawang, Norhairati Haduri,berkata, iQueSt Wisata 2022 yang dianjurkan merupakan sebahagian dari acara tahunan bagi pusat pengajian dari Singapura ini.
Para pelajar sentiasa menunjukkan minat untuk melawat Malaysia terutama sekali Wisma Al Baghdadi dan bertemu dengan Ustaz QR Haji Jalaluddin Haji Hasanuddin yang merupakan pengasas Teknik Al Baghdadi dan kakitangan yang mengerakkan perjuangan pendidikan Al-Quran.
Selain itu, pihak Yayasan Al Baghdadi menerima sumbangan dari pihak NQLC sebanyak Rm 12,970.00, yang merupakan hasil kutipan sumbangan oleh orang ramai.
Para peserta menikmati hidangan Nasi Ayam 336 dan Coconut Shake 336 yang disediakan oleh kakitangan Al Baghdadi