Profil

Dari Meja Pengerusi

Alhamdulillah dengan rasa rendah hati dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya, Yayasan Al Baghdadi telah ditubuhkan pada 16 November 2011 dan telah beroperasi sepenuhnya pada April 2012. Yayasan Al Baghdadi ditubuhkan rentetan perkembangan baik penerimaan masyarakat terhadap Teknik Al Baghdadi serta permintaan golongan sasar yang kurang berkemampuan.

Sesuai dengan matlamat utama penubuhan Yayasan Al Baghdadi ialah untuk memberikan pendidikan Al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi secara PERCUMA kepada Anak Yatim, Saudara Baru dan Orang Asli di seluruh Negara dengan menjalankan aktiviti menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar Al Quran di samping menjalinkan kerjasama dengan pelbagai Institusi bagi menjayakan Program Membasmi Buta Al Quran di seluruh Negara.

Sehingga kini lebih 142 program telah dianjurkan melibatkan hampir 4251 anak yatim, 1706 saudara baru dan 1126 orang asli di seluruh Negara. Sumbangan yang diterima dari masyarakat umumnya amat membantu Yayasan Al Baghdadi dalam merangka dan melaksanakan Program Pendidikan Al Quran Teknik Al Baghdadi secara PERCUMA. Adalah diharapkan para dermawan terus menyumbangkan dana demi kelangsungan Pendidikan Al Quran bersama Yayasan Al Baghdadi. Insyaallah satu hari nanti akan lahir penggerak pendidikan Al Quran dikalangan anak yatim, saudara baru dan orang asli sendiri. Amiiin

Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin
Pengerusi Yayasan Al Baghdadi
 
Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin
Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin Pengerusi Yayasan Al Baghdadi
Image

Kami mempunyai
MISI

MOTTO "Satu Sumbangan…Seribu Ganjaran…Sejuta Harapan"

OBJEKTIF
Memberikan pendidikan Al Quran menggunakan Teknik Al Baghdadi secara percuma kepada Anak Yatim, Saudara Baru dan Orang Asli di seluruh Negara. Menjalankan aktiviti menyedarkan masyarakat tentang kepentingan belajar dan mengajar Al Quran. Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan program membasmi buta Al Quran di seluruh Negara.

VISI
Menjadi sebuah institusi yang disegani di dalam memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.

MISI
Menyediakan satu wadah pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang kurang berkemampuan agar kempen membasmi buta Al Quran mampu dicapai.
Copyright © Yayasan Al Baghdadi 2023. All Rights Reserved.

Pengunjung yang dihormati ! Sila hubungi team kami untuk mendapatkan bantuan melalui Email atau Whatsapp di admin@yayasanalbaghdadi.org

Chat with us on WhatsApp
Close and go back to page