Campaigns

3 golonganYayasan Al Baghdadi telah bergerak aktif untuk mengumpul dan mengambil inisiatif sendiri untuk bergerak ke seluruh Malaysia sebagai permulaan bagi memberikan pendidikan Al Quran Teknik Al-Baghdadi secara percuma. Golongan yang menjadi keutamaan kami adalah anak-anak yatim, orang asli dan saudara baru. 

Tiga kelompok ini menjadi keutamaan Yayasan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah masalah ekonomi serta penempatan yang terpinggir dari masyarakat luar. 3 golongan ini juga agak terpinggir menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pembelajaran yang sempurna. Sebagai contoh orang asli dan saudara baru atau mualaf, mereka sukar untuk mendapatkan pembelajaran Al Quran yang sempurna setelah memeluk Islam berikutan kekurangan tempat untuk mereka mendalami ilmu agama.