6 Februari 2024, Selasa. Sesi perbincangan bersama Coach Saif (Ahmad Saifulzaman Dato' Hj. Mahadi, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Growth Asia Sdn Bhd) di Wisma Al Baghdadi bagi membincangkan kerjasama dan kolaborasi penajaan program yang dijalankan di bawah Yayasan Al Baghdadi.
.
Selain daripada aspek pendidikan dan Al-Quran, Yayasan Al Baghdadi turut menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti, bantuan bencana, infaq al-Quran, infaq ambulans, infaq bakul makan dan banyak lagi. Boleh layari infaqyayasan.com untuk maklumat lanjut.
.
Alhamdulillah, rentetan pertemuan hari ini, satu kerjasama strategik telah dirangka khas khusus untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba 35 hari sahaja lagi. Moga-moga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat buat ummah seterusnya menjadi amal jariah buat semua yang terlibat dalam mengimarahkan bulan Ramadhan tahun ini.
.
Turut serta dalam sesi ini adalah Tuan Syed Abdul Rahim bin Syed Abdul Rahman (Managing Director, Sharifah Food Holdings Sdn. Bhd), Haji Mohd Nazree bin Haji Mohd Yunus (Pengarah Yayasan Al Baghdadi Malaysia), Cik Hafifa Suip (Ketua Pengurus Yayasan Al Baghdadi) dan Cik Amriena Abdullah selaku Pengurus Komunikasi Korporat Yayasan Al Baghdadi.