Kempen Infaq Tunai

Program Pembelajaran Al Quran

Campaigns

Program Asas Al Quran

3 golonganYayasan Al Baghdadi telah bergerak aktif untuk mengumpul dan mengambil inisiatif sendiri untuk bergerak ke seluruh Malaysia sebagai permulaan bagi memberikan pendidikan Al Quran Teknik Al-Baghdadi secara percuma. Golongan yang menjadi keutamaan kami adalah anak-anak yatim, orang asli dan saudara baru. 

Tiga kelompok ini menjadi keutamaan Yayasan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah masalah ekonomi serta penempatan yang terpinggir dari masyarakat luar. 3 golongan ini juga agak terpinggir menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pembelajaran yang sempurna. Sebagai contoh orang asli dan saudara baru atau mualaf, mereka sukar untuk mendapatkan pembelajaran Al Quran yang sempurna setelah memeluk Islam berikutan kekurangan tempat untuk mereka mendalami ilmu agama.

Program Al Quran Saudara Baru, Kg Lambangan Keningau

Saham Akhirat Anda

Program Pembelajaran Asas Al Quran Teknik Al Baghdadi Saudara Baru 

InsyaAllah Yayasan Al Baghdadi telah dan terus menjalankan Program Pelatihan Al Quran Percuma kepada Saudara Baru bagi sesi 2018

Program telah dan terus diadakan seperti berikut:-
> OGOS - OKTOBER
> Kg. Lambangan Keningau, Sabah

 

Kami memerlukan Sumbangan Anda untuk menyediakan kemudahan bagi Pendidikan berterusan Saudara Baru iaitu:-

1. Guru 
2. Modul Pembelajaran 
3. Kos Program 

Setiap SUMBANGAN hanya bernilai RM150 sahaja

 

Yayasan Al Baghdadi ingin menawarkan kepada Tuan/puan untuk bersama-sama di dalam menyalurkan sumbangan kepada Pendidikan Al Quran Yayasan Al Baghdadi untuk bersama kami dalam membantu empat golongan sasaran dalam mempelajari Al Quran secara PERCUMA

Terima kasih.

#satusumbanganseribuganjaransejutaharapan
#jominfaq
#yayasanalbaghdadi

STATUS KUTIPAN SUMBANGAN

Program Asas Al Quran