Ahli Kariah Masjid Johan Setia Klang sangat berbesar hati kepada pihak Yayasan Al Baghdadi dan juga kepada para pewakaf yang telah menyumbangkan Al Quran. Meskipun hanya segelintir jemaah sahaja yang mahu mengambil Al Quran Wakaf ini,namun ianya tetap akan dimanfaatkan untuk dibaca setiap hari.
Yayasan Al Baghdadi tidak mengedarkan Al Quran kepada semua ahli jemaah kerana dibimbangi Al Quran itu tidak pun mereka perlukan, dan pastinya ia akan menjadi satu pembaziran. Namun begitu, terdapat ramai ahli jemaah yang turut berwakaf dengan Yayasan Al Baghdadi di kaunter wakaf yang diadakan pada hari Jumaat akhir Ramadhan yang lalu.