Al Quran Wakaf PERCUMA untuk Jemaah Masjid Nurul Iman Parit Bakar Muar telah berjaya disampaikan pada hari Jumaat lalu. Ini merupakan Program CSR Hikmah Centre Parit Bakar Muar yang juga merupakan salah sebuah pusat Al Baghdadi Learning Centre yang menjalankan Kelas Mengaji Al Quran pelbagai peringkat dari seawal usia 7 tahun.
Namun begitu, Centre ini telah mendaftar dengan Yayasan Al Baghdadi untuk menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) dengan nama Hikmah Centre. Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh Hikmah Centre ialah menganjurkan program Pembelajaran Al Quran (Mengaji Al Quran) secara PERCUMA kepada mereka yang layak seperti warga emas, orang asli, anak yatim, saudara baru dan ibu tunggal. Selain itu juga Hikmah Centre boleh menerima sumbangan infak dan wakaf dari orang ramai untuk disalurkan kepada Yayasan Al Baghdadi bagi tujuan tajaan pembelajaran Al Quran PERCUMA kepada golongan yang telah dinayatakan tadi. Sebarang pertanyaan mengenai Hikmah Centre Parit Bakar Muar boleh terus menghubungi Puan Azah di talian 6017-363 8285.